Dunia 1511H [Kombat]
Intro 1511H [Kombat]

Home

Intro 1511H [Kombat] | Fragmen Novel | Sidang KOMANDER

Pada tahun 2087 M, Presiden Amerika Syarikat, Richard Nosirname mengisytiharkan perang ke atas Gabungan Tentera Pemuda Islam pimpinan Jeneral Syarifah Nusaybah. Dalam tempoh yang singkat  kemudiannya tentera bersekutu pimpinan Amerika telah menceroboh wilayah paling suci umat Islam dengan alasan memerangi para militan dan teroris. Jeneral Syarifah Nusaybah yang baru sahaja merekrut komander kesebelas dari hadas Nusantara iaitu Komander Muhammad Ameen meminta 11 ahli sidang komandernya bersiap sedia untuk menghadapi kombat paling sengit dalam sejarah kemanusiaan. Perang meletus dengan penggunaan teknologi masa hadapan di luar jangkaan. Tentera cyborg bertempur dengan berani, Sarcos diaktifkan, pesawat Mikraj yang canggih terbang di udara Washington, bio-bots lipas mengepak gagah di ruang udara Moscow, pancaran laser bersimpang siur di langit Amerika Syarikat adalah antara gambaran perang yang tidak terfikirkan. Apakah yang sebenarnya berlaku dalam tahun 2087M bersamaan 1511H itu? Berjayakah sidang komander Gabungan Tentera Pemuda Islam mempertahankan kota-kota suci Islam dari jatuh ke tangan musuh? Apakah nasib yang bakal menimpa pahlawan-pahlawan Islam masa hadapan ini? Dapatkan segera novel kombat dalam dunia nanar perang hari ini!

Maklumat Karya

Novel 1511H <KOMBAT> berharga RM 24.00.

 

Ketebalannya ialah 431 halaman. Ia merupakan kesinambungan idea kepada novel 1515 (Yang memenangi Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil 2002).

 

Novel 1511H<KOMBAT> ini telah memenangi Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil 2003.

 

Anda boleh mendapatkan novel ini di kedai buku berhampiran tempat anda. Sekiranya anda mendapati buku ini masih belum tiba di kedai-kedai buku berdekatan atau sukar menemuinya di pasaran. Sila hubungi penerbit Utusan Publication & Distributor di nombor 03 928 53 860 untuk membuat sebarang aduan yang berkenaan