Dunia 1511H [Kombat]
Fragmen Novel

Home

Intro 1511H [Kombat] | Fragmen Novel | Sidang KOMANDER

PETIKAN BABAK KEDUABELAS (HALAMAN 217-223)

DIA renung ke arah ruang tengah kapal, bendera besar warna hijau 10 x 15 tertulis La Ila ha Illallah masih berkibar megah meski diserang bertalu-talu.

Ada suara menegurnya, Komander Bilal pejam mata.   

<Komander, kita cuba merungkai sistem komputer. Kapal selam Israel Nautilus baru bergerak dekat kapal tuan. Ada pergerakan di atas USS Clinton juga, kita percaya mereka akan

guna torpedo yang belum pernah digunakan selama ini untuk menenggelamkan kapal tuan. Bertahan komander, pasukan kami bertungkus lumus untuk menyerak gelombang dan mengacau serangan.>

<Alikah itu? Terima kasih. Tetaplah dengan usaha akhi.>

Kapal melenggang.

Komander Bilal pejam mata, menghubungi Zinnera. <Komander, apakah mungkin bio-bots dapat membantu kapal kami di Laut Merah?>

Senyap.

<Tuan komander, sarjan Aisyah di sini. Kami hantar banyak bio-bots ke Mekah. Kota suci itu dalam bahaya. Lagipun tuan dan pasukan tuan berada terlalu jauh dari sini.

Baiklah, kami akan gunakan apa yang kami ada sahaja.>

Komander Bilal menghampiri paparan komputer. Memejam mata, <Kod laluan 556, sistem meriam Oerlikon 102B di atas kapal pengangkut USS Lincoln.>

Tiada paparan.

<Maaf komander, tiada laluan. Ambil kod 557, sistem itu telah disekat oleh musuh awal-awal lagi. Pengendalian adalah manual LOCSIG.>

Komander Bilal tarik nafas. Tentera cyborg akan dikerah semuanya. Operator di sisi meriam mendedahkan mereka kepada serangan napalm pastinya.

Komander Bilal masuk ke dalam bilik kawalan dan arahan dan memerhati kedudukan pejera pada layer komputer. Memang konsol sudah tidak ada fungsinya lagi. Serangan pertama semalam telah pun merosakkan banyak kelengkapan kapal. Kapal bergegar lagi. Entah roket entah peluru yang membalun tubuh kapal.

Dengar sini Kamil, arahkan semua cyborg mengambil tempat di sisi meriam. Kita tak punya peluru dan roket lagi. Tetapi kita masih ada meriam dan mesingan ringan. Memang secara logiknya senjata-senjata itu takkan dapat mengalahkan mereka, tetapi kita takkan mengalah hinggalah kita menang, faham?

Arahan itu disambut penuh azam.

 Tembak mereka asalkan mereka hampir.

Komander Bilal pejam mata. <Sarjan Muhsin, menghubungi sarjan Muhsin.

Tuan

Hujan telah reda. Kalian masih di al Wajh?

Kami dapat pindahkan bot penggempur melalui jalan darat sehampir al Muwaylih. Tidak boleh ke depan lagi, pasukan musuh mengesan kami dan Tabuk sudah dikuasai oleh musuh. Dua kapal selam kita ditawan di luar pantai Duba.>

Komander Bilal diam. Pasukan laut Gabungan Tentera Pemuda Islam sudah lumpuh. Dapat kesan koordinat kami?

Ya, paling cepat bot penggempur tiba dalam masa 40 minit.

Komander Bilal tarik nafas. Tidak ada bio-bots, tidak ada cypher, tidak ada peluru pemintas dari Imraan yang tugasnya berat mempertahankan ruang udara Madinah, mereka sendirian di tengah lautan. 

<Muhsin, kami tak punya 40 minit. Mereka siapkan torpedo. Bot terup laju buatan kita itu boleh membawa peluru 114 bukan?

Peluru 114? Kita ada tiga. Satu di bawah jagaan Komander Ali Abu Bakar, satu di bawah pantauan komander Imraan. Tuan hanya berhak melancarkan satu. Peluru berpandu bersalut uranium bukan?!

Ya, ana tahu.

Sasarannya? Tel Aviv?

Jangan, terlalu hampir dengan al Quds as Sharif. Kita akan sebabkan kemusnahan Palestin. Halakan ke Cape Caneveral Florida.

Tuan pasti?

 Pasti. Kita takkan berhenti. Amerika telah banyak membawa perang ke negara orang, tidak ada satu perang pun di negaranya sendirikita akan bawa perang itu ke sana dan beri pengajaran kepada rakyatnya bagaimana sakitnya perang.>

Komander Bilal beristighfar. Ampun Allah dipintanya. Mereka akan menyerang Amerika bukan kerana dendam. Bukan kerana marah. Tetapi kerana kewajipan menegakkan kalimah Allah.

Komander Imraan menghubungi. <Kami hantar cypher untuk selamatkan tuan. Bertahan selagi boleh.>

Dia senyum. Dia Komander Bilal. Bilal bin Rabah pernahkah mengalah? Dia turun mengambil tempat di sisi meriam. Langit mendung penuh dengan pesawat musuh. Hujan peluru berdesingan.

Dua singgah di bahunya. Tidak apa-apa. Dua peluru tak patut memberi kesan jika percaya diri di hujung jalan yang lurus.

Kapal terbakar, marak api memusnahkan ceper parabola.

Tidak jauh USS Clinton sudah bersedia. Dek kapal sudah disiapkan empat tiub torpedo. Tekanan udara menolak keluar aloi ringan berpeledak itu. Fiusnya akan menyala. Dan torpedo menjunam ke dalam laut.

Komander Bilal mendongak. Mengerling bendera. Tersenyum bangga. Pesawat rondaan maritim Israel di atas kepala. Sebutir torpedo digugurkan.

Dia mengucap dua kalimah syahadah. Bersyukur kepada Allah kerana penantiannya bakal berakhir.

Payung terjun pada ekor torpedo mengembang. Kelajuan jadi perlahan, kedudukan torpedo stabil dan jatuh ke dalam laut. Payung tertanggal dan sensor hidup automatik mencari sasaran.

Torpedo dari USS Clinton pula bersimpang siur mencari mereka, dengan geraknya yang meliuk-liuk. Dan dari pesawat, torpedo yang gugur membuat pusingan seperti helical.

30 saat. Itulah masa yang masih tersisa untuk dia sampai ke syurga.

Allah.

Dua torpedo menghentam USS Lincoln. Satu gegaran maha dahsyat kedengaran. Peledak dan api bergabung menghancurkan geladak dan membuatkan buritan bersepai.

USS Lincoln karam perlahan-lahan. Tiang benderanya yang paling akhir masuk ke dalam air dan masih gah mengibarkan La Ila ha Illallah ketika itu. 

Komander Bilal dipercayai hilang di lautan. Mungkin juga naik terus ke langit.